Little Paris
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi I'm Rafpuh Yui. Welcome to Blog. I had write some story here . Sorry if you don't like it


Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

No Harsh words allowed here.
Thanks visit this blog.


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Cinta Yang Unik Part 5



Iris sudah bersiap-siap . Dia hanya mengenakan baju kurung berbunga kecil berwarna merah . Tudung Syria berona purple juga sudah siap disarungkan di kepala . Iris terkocoh-kocoh menuruni anak tangga lalu menyarungkan sarung kaki .


   "Weh , kau taknak makan dulu ke . Penat je aku masak ni tau" Izzati sudah buat muka kesiannya plus merajuk sikit . Ish , nak je aku jotos cukup-cukup kepala dia .


   "Lagipun kan kau ada gastrik" Tak habis habis lagi membebel rupanya makcik ni . "Hmm , yelah yelah aku makan ni . Ye , aku makan . Kau toksah nak risau and jangan nak buat muka camtu dekat aku . Eii , copy paste aku buat muka . Copycat !" Giliran Iris pulak membebel .


   Izzati sudah mencebik "Meow" Iris terkejut . Pehal minah ni tetiba mengiau ? "Kau pesal ?" Tanya Iris . "Tadi kau jugak yang cakap aku ni copycat" Izzati tersengih . Satu cubitan hinggap di lengan Izzati . Izzati menggosok lengannya yang sudah kemerahan . Eii , si makcik ni kalau cubit memang no.1 . Mcam ketam . Laju aje .


   Iris sudah ketawa terbahak-bahak . Inilah padahnya . hehe ...


'Hishh , matilah aku macam ni . Dah lambat dah ni . Mesti Si Tongkeng Ayam tu marah aku nanti . Tau jelah perangai dia . Arghh , damn !' Iris terkocoh-kocoh berlari menuju ke pejabat . Tak senonoh betul berlari dengan baju kurung . Iris selalu cuba untuk menjadi orang yang tercepat  sekali dalam aspek masa . Malangnya , dia selalu je lambat walaupun cuba untuk cepat . Iris , Iris ............


   Iris menarik nafas dalam-dalam sebelum keluar dari pintu lif . 'Ya Allah , takutnya . Mintak-mintak mamat tongkeng ayam tu tak marah . Stay cool bebeh !' . Perlahan-lahan kakinya mengatur langkah menuju ke mejanya . Eh , kejap jadi secretary nak buat apa ek ? Hmm ...... Hah ! Buat air lah .


   Iris menuju ke pantri lalu membuat secawan Nescafe untuk bos monyet nya yang seorang tu . Selesai , membuat air , Iris mengetuk perlahan pintu bosnya itu .


   Ashraf yang sedari tadi seperti cacing kepanasan kerana Iris belum sampai terus berlalu menuju ke pintu untuk melihat gerangan yang mengetuk pintu itu . Matanya membulat . "Iris ! Awak tahu tak dah pukul berapa ni ? Mana disiplin awak ? Ni baru first day kerja kalau dah berday-day entah macam mana pulak nanti " Ashraf Rayyan merengus geram .


   Iris mengerutkan dahi . Ewah , pakcik ni sesedap rasa je membebel depan aku . Taulah dia bos . Aik ? Bila masa ada perkataan berday-day pulak ni ? Perkataan baru ke ? Genius betul ek cipta perkataan baru . Eii ........... Iris menggaru  kepalanya yang tidak gatal .


   "Hah , kau pehal garu kepala ? Dah datang lambat nak jadi monyet pulak kat sini ?"Ashraf sendiri tidak tahu kenapa dia terlalu emosi saat ini . Mungkin kerana terlalu risaukan Iris yang datang lambat .


   Ewah , sedap je kata aku monyet . "Kaulah yang monyet , beruk ! " Iris menengking Ashraf kembali . Ashraf tergamam . sampai beruk sekali ada ? Ish ish .......... "Hah , nah amiklah air ni . Aku datang sini nak bagi kau air , kau pulak membebel dekat aku . Aku bukannya sengaja nak datang lambat macam ni . Kau ingat ni syarikat bapak aku ke sesuka hati aku nak datang lambat . Tak mungkin lah . Cuba fikir sikit . Aku ............ " Pap ! Terasa satu hentakan di kepalanya . Dengan selamba derk je Ashraf mengetuk kepala Iris menggunakan fail .


   "Woii !" Iris menjerit . Pantang betul dengan orang yang main-main dengan kepalanya . "Masalahnya sekarang makcik , siapa yang membebel ? Aku ke kau ? Kalau aku tak ketuk tu , rasanya berjela je lagi kan kau nak cakap . Nah , amik fail ni pergi siapkan . Anyway , thanks for the nescafe and sorry about that" Sempat lagi Ashraf mengenyitkan mata .


   Eii , terkenyit-kenyit . Sakit mata ke apa monyet ni . Aku letak acid je kang dekat mata tu . Ish , jahatnya aku ni . Sempat lagi Iris bermonolog .



_bersambung_