Little Paris
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi I'm Rafpuh Yui. Welcome to Blog. I had write some story here . Sorry if you don't like it


Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

No Harsh words allowed here.
Thanks visit this blog.


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Cinta Yang Unik -Part 3



Kringgggggg ...... Tangan Iris mencari-cari butang untuk memberhentikan deringan jam loceng itu dalam keadaan mamai . Matanya dibuka sedikit untuk melihat . Matanya membuntang , terus tegak duduk daripada pembaringannya . Terkocoh-kocoh dia pergi ambil wudhu' untuk menunaikan solat fardhu Subuh . Nampaknya subuh terbadak lagi lah nampaknya ............


   Iris bersiap-siap hari ini . Baju kurung bercorak bunga-bunga kecil yang berwarna ungu dipadankan dengan tudung yang sedondon . Iris tersenyum di hadapan cermin untuk menaikkan tahap keyakinan diri . Hari ini dia akan menghadiri temuduga . Alah , kerja sementara daripada jadi penganggur terhormat kan ?


   Kaki dan tangan Iris sudah sejuk semacam . Iris memang macam ni . Adakalanya dia takut , dia akan jadi seorang yang betul - betul penakut . Andai kata dia menjadi seorang yang berani , dia akan menjadi seorang yang sangat berani .


   Ishhh . Macam mana ni . Takut gila kot . Mintak-mintaklah dapat berhadapan dengan monster-monster kat dalam bilik tu . Ya Allah . Kalau diorang garang macam mana ? Mcam mana kalau aku tak dapat ? Pelbagai soalan yang timbul di benak fikirannya .


   Perlahan-lahan kakinya mengatur langkah kearah bilik temuduga itu . Ada 3 mata yang memandang ke arahnya . Dia menjadi gugup . Bibir pucat habis . Tiba-tiba , salah seorang daripada 3 orang makhluk dalam bilik itu tertawa kecil melihat Iris . Iris mengerutkan dahi . Eh ? kenapa dengan mamat ni ? Gilo ke opo lelaki ni ? Tumbuk kang . Iris mendengus geram . Mesti lelaki tu ketawakan dia yang kelihatan pucat tu .


   "Saya tengok awak ni dah macam nampak hantu , Ikan bilis . Awak nampak hantu ke samapai pucat semacam ?" Ujar lelaki itu sambil tersenyum sinis


   Eeeeeee . Mamat ni kan . Dasar mulut takde insurans . Eh , memandangkan kau ni bos kat sini , nasib je aku tak luku kepala kau . Huh . Ehh . wait ........... wait ........... what did he call me just now ? Ikan bilis ? Setahu Iris , ada seorang je yang panggilnya dengan panggilan sebegitu .


   Iris merenung tajam lelaki itu . "Errr, nama awak siapa ?" Tanya Iris berani kepada lelaki tadi . Tiba-tiba mamat di sebelah lelaki itu berdiri dengan gaya macho nya lalu memperkenalkan diri . "Hai , Cik Iris . Perkenalkan , saya Farid Aqil ." Ucap lelaki itu sambil tersengih-sengih


   Iris terkedu . Errr , bukan lelaki ini yang dia maksudkan . "Errr , encik . Kenapa encik perasan sangat ? Saya tanya orang yang sebelah encik yang tengah main laptop tu " Iris memuncungkan bibirnya kearah lelaki yang di maksudkan .


   Farid Aqil tertawa kecil . Tak sangka gadis kecil molek itu boleh membalas seselamba itu . "Ya , saya tahu cik . Saja je nak propa gitu " Jawab Farid sambil tersengih-sengih . Iris menjuihkan bibirnya . Dia tahu , sedari tadi lelaki yang sedang bermain dengan laptop itu asyik merenungnya . Tapi dia cuba untuk buat selamba dek sahaja .



_bersambung_