Little Paris
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi I'm Rafpuh Yui. Welcome to Blog. I had write some story here . Sorry if you don't like it


Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

No Harsh words allowed here.
Thanks visit this blog.


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Cinta Yang Unik Part 5



Iris sudah bersiap-siap . Dia hanya mengenakan baju kurung berbunga kecil berwarna merah . Tudung Syria berona purple juga sudah siap disarungkan di kepala . Iris terkocoh-kocoh menuruni anak tangga lalu menyarungkan sarung kaki .


   "Weh , kau taknak makan dulu ke . Penat je aku masak ni tau" Izzati sudah buat muka kesiannya plus merajuk sikit . Ish , nak je aku jotos cukup-cukup kepala dia .


   "Lagipun kan kau ada gastrik" Tak habis habis lagi membebel rupanya makcik ni . "Hmm , yelah yelah aku makan ni . Ye , aku makan . Kau toksah nak risau and jangan nak buat muka camtu dekat aku . Eii , copy paste aku buat muka . Copycat !" Giliran Iris pulak membebel .


   Izzati sudah mencebik "Meow" Iris terkejut . Pehal minah ni tetiba mengiau ? "Kau pesal ?" Tanya Iris . "Tadi kau jugak yang cakap aku ni copycat" Izzati tersengih . Satu cubitan hinggap di lengan Izzati . Izzati menggosok lengannya yang sudah kemerahan . Eii , si makcik ni kalau cubit memang no.1 . Mcam ketam . Laju aje .


   Iris sudah ketawa terbahak-bahak . Inilah padahnya . hehe ...


'Hishh , matilah aku macam ni . Dah lambat dah ni . Mesti Si Tongkeng Ayam tu marah aku nanti . Tau jelah perangai dia . Arghh , damn !' Iris terkocoh-kocoh berlari menuju ke pejabat . Tak senonoh betul berlari dengan baju kurung . Iris selalu cuba untuk menjadi orang yang tercepat  sekali dalam aspek masa . Malangnya , dia selalu je lambat walaupun cuba untuk cepat . Iris , Iris ............


   Iris menarik nafas dalam-dalam sebelum keluar dari pintu lif . 'Ya Allah , takutnya . Mintak-mintak mamat tongkeng ayam tu tak marah . Stay cool bebeh !' . Perlahan-lahan kakinya mengatur langkah menuju ke mejanya . Eh , kejap jadi secretary nak buat apa ek ? Hmm ...... Hah ! Buat air lah .


   Iris menuju ke pantri lalu membuat secawan Nescafe untuk bos monyet nya yang seorang tu . Selesai , membuat air , Iris mengetuk perlahan pintu bosnya itu .


   Ashraf yang sedari tadi seperti cacing kepanasan kerana Iris belum sampai terus berlalu menuju ke pintu untuk melihat gerangan yang mengetuk pintu itu . Matanya membulat . "Iris ! Awak tahu tak dah pukul berapa ni ? Mana disiplin awak ? Ni baru first day kerja kalau dah berday-day entah macam mana pulak nanti " Ashraf Rayyan merengus geram .


   Iris mengerutkan dahi . Ewah , pakcik ni sesedap rasa je membebel depan aku . Taulah dia bos . Aik ? Bila masa ada perkataan berday-day pulak ni ? Perkataan baru ke ? Genius betul ek cipta perkataan baru . Eii ........... Iris menggaru  kepalanya yang tidak gatal .


   "Hah , kau pehal garu kepala ? Dah datang lambat nak jadi monyet pulak kat sini ?"Ashraf sendiri tidak tahu kenapa dia terlalu emosi saat ini . Mungkin kerana terlalu risaukan Iris yang datang lambat .


   Ewah , sedap je kata aku monyet . "Kaulah yang monyet , beruk ! " Iris menengking Ashraf kembali . Ashraf tergamam . sampai beruk sekali ada ? Ish ish .......... "Hah , nah amiklah air ni . Aku datang sini nak bagi kau air , kau pulak membebel dekat aku . Aku bukannya sengaja nak datang lambat macam ni . Kau ingat ni syarikat bapak aku ke sesuka hati aku nak datang lambat . Tak mungkin lah . Cuba fikir sikit . Aku ............ " Pap ! Terasa satu hentakan di kepalanya . Dengan selamba derk je Ashraf mengetuk kepala Iris menggunakan fail .


   "Woii !" Iris menjerit . Pantang betul dengan orang yang main-main dengan kepalanya . "Masalahnya sekarang makcik , siapa yang membebel ? Aku ke kau ? Kalau aku tak ketuk tu , rasanya berjela je lagi kan kau nak cakap . Nah , amik fail ni pergi siapkan . Anyway , thanks for the nescafe and sorry about that" Sempat lagi Ashraf mengenyitkan mata .


   Eii , terkenyit-kenyit . Sakit mata ke apa monyet ni . Aku letak acid je kang dekat mata tu . Ish , jahatnya aku ni . Sempat lagi Iris bermonolog .



_bersambung_


 




Cinta Yang Unik -Part 4


Lelaki yang sedang bermain laptop tadi berdiri dan membetulkan kot nya . Sempat lagi dia melemparkan senyuman kepada Iris . Iris menjeling geram . "Hai , Cik Iris Firyal Salsabila . I'm Ashraf Rayyan . Nice to meet you "


   Mata Iris bagaikan mahu terjojol keluar . Dia memandang Ashraf dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas . Dia tak percaya . Semua ini mimpi mungkin . Dia mencubit pipinya sekuat hati . Ouchhh , sakitnyaa aku cubit . Pipinya sudah kemerahan akibat dicubit diri sendiri . Waaaaaa , dia tak percaya . Tak mungkin ni 'Si tongkeng ayam' itu . Kenapa handsome sangat bila dah besar ni ek ?


   "Well , ikan bilis . Tak percaya ke ni aku ? Makin handsome kan aku ni?" Ashraf tersengih-sengih .


   Mamat ni memang suka sengih-sengih  eah bila dah besar ni . Tapi betul lah . Mamat tu dah handsome sekarang . Tergugat aku macam ni . Eh ? Apa aku merepek ni ? Aduh , susahlah macam ni . Takkan aku nak kerja dengan dia . Kalau asyik gaduh macam mana . Nanti aku dah tak comel bila gaduh-gaduh nanti . Sempat pulak Iris 'masuk lif tekan sendiri' . hehehe .............


    "Errr , kau ke tu tongkeng ayam ? Alahai , rindunya kat tongkeng ayam ni . Kau buat apa kat sini ?"Iris menekup mulut . Tak sangka dia dah ucapkan kata rindu . Alah , mesti mamat ni perahsantan lagi nanti . Menyampah betul aku . Haishhhhh ...


   Ashraf terkedu . Betul ke gadis ni rindu aku . Tanpa sedar , Ashraf telah mengukir senyuman nipis di bibir nya . "Well , aku bos dekat sini . So you are accepted here . Well , you will be my PA . Do you have any problem with that ?" Ucap Ashraf selamba .


   Eh . Ada nada berlagak dekat situ . Nanti kau tongkeng ayam . Nak sangat aku jadi PA kau kan . Alah , sementara je kerja ni . Apa salahnya aku cari pasal dulu dengan tongkeng ayam ni . Nanti , aku urus kau baik punya . Hahahaha ..... Iris sudah merencanakan sesuatu . Pasti harinya bermula dengan indah pada setiap hari .


   "Well , Encik Ashraf Rayyan . Bila saya akan mula bekerja ?"


   Ashraf tersenyum . Habislah kau Iris . Lepas ini , aku akan buli kau cukup-cukup . Tak puas rasanya zaman sekolah dulu buli kau . "Okay . Esok awak boleh mula bekerja . Saya harap kita boleh bekerjasama , okey ?" Ashraf mengukir snyuman khas untuk Iris . Iris terpana .



_bersambung_

Cinta Yang Unik -Part 3



Kringgggggg ...... Tangan Iris mencari-cari butang untuk memberhentikan deringan jam loceng itu dalam keadaan mamai . Matanya dibuka sedikit untuk melihat . Matanya membuntang , terus tegak duduk daripada pembaringannya . Terkocoh-kocoh dia pergi ambil wudhu' untuk menunaikan solat fardhu Subuh . Nampaknya subuh terbadak lagi lah nampaknya ............


   Iris bersiap-siap hari ini . Baju kurung bercorak bunga-bunga kecil yang berwarna ungu dipadankan dengan tudung yang sedondon . Iris tersenyum di hadapan cermin untuk menaikkan tahap keyakinan diri . Hari ini dia akan menghadiri temuduga . Alah , kerja sementara daripada jadi penganggur terhormat kan ?


   Kaki dan tangan Iris sudah sejuk semacam . Iris memang macam ni . Adakalanya dia takut , dia akan jadi seorang yang betul - betul penakut . Andai kata dia menjadi seorang yang berani , dia akan menjadi seorang yang sangat berani .


   Ishhh . Macam mana ni . Takut gila kot . Mintak-mintaklah dapat berhadapan dengan monster-monster kat dalam bilik tu . Ya Allah . Kalau diorang garang macam mana ? Mcam mana kalau aku tak dapat ? Pelbagai soalan yang timbul di benak fikirannya .


   Perlahan-lahan kakinya mengatur langkah kearah bilik temuduga itu . Ada 3 mata yang memandang ke arahnya . Dia menjadi gugup . Bibir pucat habis . Tiba-tiba , salah seorang daripada 3 orang makhluk dalam bilik itu tertawa kecil melihat Iris . Iris mengerutkan dahi . Eh ? kenapa dengan mamat ni ? Gilo ke opo lelaki ni ? Tumbuk kang . Iris mendengus geram . Mesti lelaki tu ketawakan dia yang kelihatan pucat tu .


   "Saya tengok awak ni dah macam nampak hantu , Ikan bilis . Awak nampak hantu ke samapai pucat semacam ?" Ujar lelaki itu sambil tersenyum sinis


   Eeeeeee . Mamat ni kan . Dasar mulut takde insurans . Eh , memandangkan kau ni bos kat sini , nasib je aku tak luku kepala kau . Huh . Ehh . wait ........... wait ........... what did he call me just now ? Ikan bilis ? Setahu Iris , ada seorang je yang panggilnya dengan panggilan sebegitu .


   Iris merenung tajam lelaki itu . "Errr, nama awak siapa ?" Tanya Iris berani kepada lelaki tadi . Tiba-tiba mamat di sebelah lelaki itu berdiri dengan gaya macho nya lalu memperkenalkan diri . "Hai , Cik Iris . Perkenalkan , saya Farid Aqil ." Ucap lelaki itu sambil tersengih-sengih


   Iris terkedu . Errr , bukan lelaki ini yang dia maksudkan . "Errr , encik . Kenapa encik perasan sangat ? Saya tanya orang yang sebelah encik yang tengah main laptop tu " Iris memuncungkan bibirnya kearah lelaki yang di maksudkan .


   Farid Aqil tertawa kecil . Tak sangka gadis kecil molek itu boleh membalas seselamba itu . "Ya , saya tahu cik . Saja je nak propa gitu " Jawab Farid sambil tersengih-sengih . Iris menjuihkan bibirnya . Dia tahu , sedari tadi lelaki yang sedang bermain dengan laptop itu asyik merenungnya . Tapi dia cuba untuk buat selamba dek sahaja .



_bersambung_




 

This is me


Assalamualaikum !

Hai . Untuk pengetahuan semua ini adalah blog kedua saya . Saya hanya akan menulis cerita-cerita di blog ini dan cerita peribadi di blog pertama . Dan , RAFPUH YUI bukan nama saya . Hanya nama pena dan samaran .


Enjoy reading at my blog guys . Thank You :)



Sincerely ,
Rafpuh Yui

Cinta Yang Unik -Part 2


5 Tahun berlalu .........

Iris Firyal Salsabila merenung jauh ke dada langit . Fikirannya menerawang ke arah zaman persekolahannya . Dia kemudian tertawa sendiri . Memikirkan bagaimana dia dan Ashraf selalu bergaduh . Tiba-tiba rasa satu tepukan di belakangnya . Iris terdorong kedepan .


   Muka Iris sudah merah . Eeeeee ni yang aku tak suka . Potong line lah dia ni ! Rasa nak belasah dia sekarang jugak . Takpe , nasib baik dia kawan merangkap bestfriend forever ever aku . Eh ? Bukan dua dua tu sama ke Iris . Haishh , biarlah ! Sempat lagi Iris bermonolog dalam hati .


   Izzati Danisyah sudah tersengih-sengih mempamerkan barisan giginya yang tersusun elok . Dia tahu dia salah kali ini . Sudah tahu perangai rakannya yang seorang tu kuat termenung , lagi dikacaunya . Confirm , mengamuk sakan lepas ni .


   Iris bangun dari tempat duduk . Mundar-mandir di hadapan Izzati , kemudian duduk semula . Kening Izzati sudah bercantum . Aik ? Minah ni taknak marah aku ke ? Tadi tengok muka dah merah . Buat penat je aku standby . Ishhh .


   "Iris , kenapa kau tak marah aku ? Biasa marah je kalau aku kacau ?"


   Iris memandang ke arah Izzati . Makcik ni kenapa ? Aku tak marah disuruhnya marah . Pelik gila .


   "Hmmm , aku nak sambung termenung aku yang dah terbantut tadi" dengan selambanya Iris menjawab dengan memek muka yang orang kata tak boleh go tu .


   Izzati sudah menepuk dahi . Boleh pulak kawannya yang seorang ni cakap macam itu . Eeee , rasa macam nak jotos je kepala Iris saat ini .


   "Wei , dahlah . Aku nak tidur . Melayan kau memang takkan ke mana . Esok dah nak kerja lagi . Kau jangan lupa nanti masuk rumah , kunci semua . Keselamatan diutamakan. Hahahaha " Sempat lagi Izzati membebel dalam perjalanannya menuju ke dalam rumah .


   Iris hanya mengangguk malas . Matanya pun dah rasa berat gila . Ada baiknya dia tidur . Perlahan-lahan kakinya menuju ke dalam rumah . Solat selepas itu tidur . Esok ada tugas menanti .


_bersambung_

Cinta Yang Unik -Part 1

 


 Iris Firyal Salsabila hanya melayan angannya.Memang itulah hobinya sejak kecil. Berangan memanjang.Tetapi,memang pasti seratus empat puluh peratus keamanan yang dimiliki tidak akan berkekalan kerana ....

     "Wey,ikan bilis!Apesal hah kau termenung tak ingat dunia?Kan kene bertugas sekarang?"

Suara yang bagaikan halilintar akan memecahkan gegendang telinga pada bila-bila masa sahaja.Iris Firyal Salsabila mendengus geram.Sampai bilalah si tongkeng ayam ni nak menganggu hidup aku? Eii,tension gila aku tau macam ni!

     "Assalamualaikum,tongkeng ayam.Dengan sukacitanya saya nak mengingatkan bahawa lebih afdal ye memberi salam.Plus,hari ni jadual bertugas saya kosong!got it? K.O.S.O.N.G !" Iris Firyal Salsabila mengeja satu-satu perkataan kosong.

    Ashraf Rayyan hanya mencebik . Lupa pula dia bahawa Iris tak bertugas hari ini . Dia menjeling ke arah Iris . Iris menjeling pula ke arah  Ashraf . Eeeeee , apalah mamat ni . Tercebik-cebik . Ingat comel lah tu . Perasan gila . Muka dahlah macam tempe . Iris mendengus dalam hati .

     _bersambung_


Hye all :)